supporters

Friday, December 7, 2012

Bina Jalan


Mengeluh
Cara paling mudah kita lakukan bila
Hajat yang dimaukan
Impian yang diidamkan
Kekal begitu tak berubah
Terus jadi hajat
Terus jadi impian

Sebagai pencerahan
Masa depan itu sangatlah misteri
Dia yang Maha tahu apa yang terbaik buat kita
Bila di buat itu tidak jadi
Bila di buat itu tidak kena
Jangan mengeluh
Kerna Dia sedang memandang dengan kasih saying-Nya
Mahu kau terus berusaha tanpa lelah
Dengan semangat tanpa lupa dan kekal secara total
Meletakkan keyakinan pada Dia

Sedang membina jalan itu tidak mudah
Hutan dara dirobek hilang kedaraan
Dilanyak hingga berjalur tanah merah
Dirata
Ditabur kerikil kecil ribuan jumlahnya
Dirata
Kendiannya disadur hitam legam tar mengeras
Tidak dibuat terburu
Hati-hati penuh strategi
Jadi laluan kemana mahu kau

Begitu juga hidup
Binaan jalannya tidak mudah
Berperingkat dan meminta kesabaran
Dengan penuh seni kau senikan cara jalan kau
Biar lambat asal tetap sampai
Ke hujung destinasi jaya
Yang kau sendiri bina jalannya!

p/s; pedehal kalau masih belum bekerja..Tuhan pemberi rezki. Mungkin lambat tp pasti yang terbaik!

Aki


Setiap yang bernyawa pasti punyai tarikh luputnya
Pupus dari alam nyata
Cuma nama jadi memori
Cuma jasa jadi kenangan
Cuma amalan kekal terus hidup

Perjalanan riwayat manusia telah tertulis
Saat bertemu jodohnya bila
Saat matinya bila
Tanpa sesaat pun akan terlepas
Bila sudah di rangka takdir
Kun fa ya kun
Maka tetap lah ia akan jadi

Kuat mana pun tubuh
Sendi besi berurat dawai
Saat dijemput
Tanpa amalan yang cukup
Hanya membuat kau jadi semput

Sekadar berkongsi sorotan kisah saat akhir aki dengan aku
Untuk renungan bersama

Kehilangan aki sememangnya menimbulkan sebak teramat
Sejujur aku tidaklah terlalu rapat dengan bapa abah itu
Cuma di hujung2 nyawanya itu aku dipertanggungjawabkan untuk stanby
Tolong aki seandainya mahu ke tandas
Pada mulanya dia tidak mahu berpampers
Jadi perlu dipapah ke tandas
Tapi lama2 dia mengalah
Dek keuzuran yang tidak lagi membuat aki gagah

2 Dis 2012

Dapat panggilan dari kazen bagitau aki sudah lain
Sampai di rumah aki
Jelas dia semakin menunjukkan tanda untuk pergi
Tubuhnya sangat sejuk
Cuping telinga sudah jatuh
Keningnya juga begitu

3 Dis 2012

Jam 1100pm
Aki seperti gelisah
Tanda2 semakin jelas
Dahinya ada titis peluh jantan
Dadanya semakin berombak
Kazen tergerak hati untuk memeriksa pampers aki
Pada sangkaan aki cuma buang air kecil
Tapi aki sudah membuang
Lantas aku ambil wet tissues
Dan bersihkan aki sebaik mungkin
Sebaik sahaja aki dibersihkan
Aku lihat dadanya semakin tenang
Saat ini aku dan abah sedaya membantu aki
Mengingatkan aki agar hanya Dia diingati

Jam 0100am
Aki semakin lemah
Hinggalah saat matanya terbuka memandang tepat kearah syiling rumah
Dan riak muka seperti menahan sakit
Dan..Innalillah wa innailaihirajiun
Aki kelihatan tenang dan damai
Mungkin aki mahu dibersihkan sebelum dia pergi
Dan hal itu membuat aku amat sebak
Kalah juga dengan ego lelaki
Berderai air mata pada jasa aku yang tak seberapa
Agar aki pergi dalam keadaan bersih

Alhamdulillah
Keesokkan harinya
Urusan jenazah dan pengkebumian berjalan dengan sangat baik
Sahabat2 dan bos tempat aku berkerja turut hadir menyampai takziah dan simpati
Paling bernilai dan berharga
Aku berpeluang memandikan, mengkapankan, menyolatkat aki
Cuma terdetik
Perginya aku nanti apa mungkin sebegini sama jadinya
Dilayan dan diurus sebaik mungkin
Sebelum dihantar jasad ke liang nan kecil???

Moga aki aman dan tenang disana
Bersama orang2 yang dikasihi oleh-Nya
Al-fatihah…

Aki Bakar~1913-2012





Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails