supporters

Showing posts with label senicaraaku. Show all posts
Showing posts with label senicaraaku. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

Jangan Letih Mencintaiku


ehem2..
mohon izin semua
saya ingin berjiwang sebentar
sebentar cuma
sedikit mahu mememuntah
rasa jiwa
harap jangan ada termuntah
bila saya mahu berjiwangan
terima kasih

Apakah kau mengerti betapa ku ingin
memandangmu walau sejenak untuk hati ini
Apakah kau mengerti betapa ku ingin
menantimu hingga kau mampu berikan hatimu

jadilah kau bintang hatiku terangilah seluruh jalanku
jangan kau letih mencintaiku
hingga diujung usiaku

Apakah kau mengerti betapa ku ingin
memandangmu walau sejenak untuk hati ini
aku tengelam pada yang terindah
dan semakin dalam yang kurasa

jadilah kau bintang hatiku terangilah seluruh jalanku
dan jangan kau letih mencintaiku
hingga diujung usiaku

jadilah kau bintang hatiku terangilah seluruh jalanku
dan jangan kau letih mencintaiku
hingga diujung usiaku

jadilah kau bintang hatiku terangilah seluruh jalanku
dan jangan kau letih mencintaiku
hingga diujung usiaku
hingga diujung usiaku
hingga diujung usiaku







ps; makcik, jgn letih2 tau!

Tuesday, November 22, 2011

psssstttt...!!!




pssttt...harga barang naik lg
pssttt...jom pakat gotong-royong..depa kata next time ada BERSIH 3.6050505...
pssttt...pe cite pemimpin tu??dok bantai depan blakang??yg 2 pl dok gila kuasa..gila..gila..
pssttt...anugerah obesesiti teramai hak kita??
pssttt..pergh..depa mau berjuang untuk kemerdekaan walaupun kita da merdeka..eh! jap..Merdeka Seksualiti??gila pe!!!
pssttt...BUNUH ORANG da jd sebahagian daripada profession pilihan ka la neh kt cni??
pssttt..artis kita setaraf artis 'kayusuci'..setakat dedah dada dedah peha..pedehal..itukan seni,..biar siat-buang kulit ketimuran, biar dedah gebu putih kebaratan!!
pssttt..ngauman harimau kita makin gempita..dgr2 garuda pun da kembali ke sarang eram telor!!
pssttt..hudud??..owh..orang islam juga tentang??...huyoo
pssttt...bau2 pilihanraya makin semerbak merata-rata..
pssttt..depa da xpeduli toleransi..pergi jahanam bangsa kau..pergi mampus agama kau..jahanam!
pssttt..mahasiswa   : benarkan kami berpolitik!
        penganggur  : nyesal dlu dok politik je..
        PTPTN       : politik x politik..pandai pinjam pandai bayar!


International Conference of Natural Products 2011
IOI Palm Garden Resort, Putrajaya
16nov2011
psst...psst..psst...

p/s; 
psstt...isunya ttp byk..tp Malaysia ttp 1..tetap dihatiku!
pssttt...Malaysia menang emas sukan SEA 2011..tahniah..yang dok gedik2 sebelah sana pula, pe cerita???haha

Tuesday, June 21, 2011

Bahasa Terindah

sebagai langkah mula..aku mahu share 1 puisi yg harap2 bg gegar minda ckit..(^^)v

Yang diucap dalam bahasa terindah,
Jawapan yang bertanya didengar nabi,
Antara kagum dan khusuk setiap ayatnya,
Lereng gunung menjadi amat sunyi,
Suara sajak tegas bergema,
Disampai arah berkias maksud serentak,
Tapi jelas intinya,
Tidak sedetikpun Allah menghindar,
Atau mencemuh nabi disisi segala didoa,
Dipenuhi segala yang dipinta tulus dan,
Penuh baraqah,
Yatim ia tak berlindung,
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya.
Awal begitu bergantung,
Kini tidakkah merdeka,
Bebas hidupnya.

~ Dato’ A Samad Said


p/s; pasni ai try rajin2 mengebloglah..hehe

Tuesday, June 29, 2010

ikhlas

dalam setiap hal aku pernah berikan
aku ikhlas
dari sekecil hal hingga sebesar pengorbanan
bukan bayang-bayang

dalam setiap cinta aku berikan
aku ikhlas
dari sudut hati paling dalam
bukan bayang-bayang

sejak kejauhan ini menjadi batas
dalam antara kamu dan aku semakin menjauh
pada rindu kamu datang meneman

pada kamu yang aku labuhkan jiwa
coretan ini sekadar mahu kamu faham
betapa saat ini aku semakin tenat
bertarung dengan segala ingatan pada kamu
yang membuai dibenak fikiran dan rutin hidup

walau berat aku akan mencuba menanggung
lepaskan kamu walau sebenarnya aku ragu
pada mampu aku
pada kudrat aku
kerana tanpa kamu
aku lemas dan hilang

sesungguhnya
dalam hati ini
yang pasti terbuka dan tertutupnya ia dari kerana kamu
meletakkan aqal mahu serah pada takdir
biar ia tentukan
biar ia pastikan
dan sehingga selama takdir itu
tahta itu hanya untuk kamu
pada kamu....
nnar

p/s; ikhlas itu rahsia Allah...

Monday, June 14, 2010

yang hilang itu jiwanya

bila petikan gitar tiada berbunyi indah
bila si pungguk lesu menanti
bila penyair bersyair sumbang
bila madu manisnya tiada

ada yang hilang
itu adalah jiwa
ada yang pergi
itu adalah jiwa

jiwa itu berdebu kecewa
jiwa itu terpalit kotoran hampa
mendakap erat utuh melekat
membiar mati jiwa sepi

jiwa itu istiqamah dalam penungguannya
walaupun dihambat taufan
ditempik badai menderu
tetapnya ia disitu

namun pabila debu2 kecewa mula berterbangan
dibawa angin kekecewaan
tidak lagi logik jiwa terus disitu
pada seharusnya ia pergi
bersama luka tercalit dalam

lalu nekad digunungkan
pergi dan lari dari rasa itu
meredah lautan terbang ke awan
mahu dilalikan segala rasa itu
biar kebal walaupun sebal
atas hal jiwa patut pendamkan
kerana dari awalnya seharusnya ia begitu
terpendam dan tidak terluahkan...

R&D lab
TBE sdn bhd
140610
905 am
p/s; bila bosan time, idea macam hujan...

Saturday, June 12, 2010

selamat pagi cinta!

ke kiri ku buntu
ke hutan ku hilang
ke timur ku kosong

aku terus bosan dan tertekan
seperti waktu yang terus saja meninggalkan aku
dalam dasar kerak bumi yang belum diterokai

warnaku rindu
jiwaku biru
menunggu cintaku
umpama sibuta yang melihat syurga
umpama lagu berbunyi hitam
lalu aku tersu menunggu

kini malam tiba lagi kerana tinggalkan cahaya matahari
dibebankan dengan bunyi rintisan hujan
seperti mahu sahaja aku mengejar
gunung yang besarnya tidak terdakap
seperti jugalah rindu aku padanya
kini harus aku terus menunggu
atau hilang sahaja dilautan luas

~puisi dari filem selamat pagi cinta

p/s; yang hilang itu jiwanya...

Thursday, June 10, 2010

hati untuk disewa~puisi dari nepal

hari ini ada hati untuk disewa
aku hebah sebar
bertabur berselerak
biar perhatian yang ada aku tarikkan

harga bisa runding
agar kau aku suka gembira capai setuju
pada sekeping hati seakan usang
pada saat sawang dan ronyoknya
jadi hiasan jadi pameran

pada si tua2 itu
pasti kata mereka hati mau disewakan itu
owh masih muda
ironi pada si muda2 pada rasa mereka
tuanya ia masakan masih punya harga??
namun ia masih hati untuk disewa

namun pesan mahu aku serukan
jaga ia sebaik sebagus apa adanya
walaupun semak
walaupun serabai
tetap sang jasad mahu pada penghujungnya
sedang mana bila dikatakan sewa
tetap pengakhirannya harus dikembalikan dihujung durasi masa sewa

sedang yang pasti pada saat ini
jasad mahu dibiar kosong
mahu tdak mahu segala bentuk kelahiran yang datang dari hati
yang biasa kau kenal sebagai perasaan
kerana itu maka adanya...
hati untuk disewa!

lab R&D TBE s.d.
10092010
430pm

Monday, May 24, 2010

blue is the color

I asked for strenght & Allah gave me difficulties to make me str0ng..
I asked for courage & Allah gave me 0bstacles to 0verc0me..
I asked for love & Allah gave me tr0ubled pe0ple to help..
maybe i received n0thing what i want..
but i received everything what i need!

p/s; Dia tahu apa terbaik buat kita...

.......

“Dia Yang Maha Esa telah menciptakan bumi, langit, syurga, bintang-bintang, bulan, dan hujan. Tuhan mencipta manusia. Dan manusia tak berada di dunia tiba-tiba. Sebagai hamba kita akan diduga, diberi bahagia, diberi peta. Kadang ada bagian yang dapat kita lakar, selalunya ada bahagian cuma kita merencanakan dan Dia lebih menentukan. Peta itu ada sudut sudah digores, ada bucu masih kosong, menanti masa terlukis” – Tunggu Teduh Dulu( Faisal Tehrani.)


Sunday, April 4, 2010

bilang

kawan
aku tahu kau memang kawan
jadi bilang saja kawan
apa yang mahu bilang

kawan
kau bagai pantulan cermin
refleksi dari khilaf aku yang hina
jadi mengapa kau diam
saat kau perlu bilang

kawan
sering tertutur dari bibir kau
'kawan, kau sudah berubah. perubahan kau membarah sehingga kau bukan lagi kau yang aku kenal'
jadi kawan
sedarkan aku perihal ubah laku yang memberi kesan
agar aku bisa ubah
walaupun aku faham keadaan tidak akan mungkin seperti asal

kawan
jangan kau terus diam kawan
aku sukar membaca tersirat dari kau
aku rindu saat dulu
kau dan aku adalah kawan
kerna saat tika dahulu segala hal kau selalu bilang
kerana kita adalah kawan

sangai biru
kfc federal highway
040410
1.a.m


p/s: sumpah..aku tak pernah buang kawan2 aku!!!..



Thursday, March 11, 2010

penakut

Tak semua kau rencanakan berlaku
mungkin nasib tak menyebelahi aku
entah mengapa engkau yg aku cinta
mungkin lagi baik kau ku lepas saja
oh ini tidak adil tidak adil baginya
ini tidak adil tidak adil bagiku
ini tidak adil untuk kau bertanya cintaku mencintaimu juga
tidak adil tidak adil baginya

(ulang (1)
bukan milikku

& aku memang penakut mengakui cinta kepadamu
seribu kali kucuba ucapkan
bila bersamamu kau bukan milikku
& engkau pun tahu kau bukan milikku


lagu baru dari Yunalis Zarai


p/s: sentap jiwa kejap

Friday, February 26, 2010

if...

I wonder...
If he is coming.. What would you do..?
If prophet Muhammad visited you just for a day or two,
If he came unexpectedly I wonder what you would do.
Oh, I know you'd give your nicest room, To such an honoured guest,
And all the food you'd serve him would be the very best,
And you would keep assuring him,
Your glad to have him there,
That serving him in your home,
Is joy beyond compare.
But... when you saw him coming,
Would you meet him at the door, With arms outstretched to your visitor?
Or... would you have to change your clothes before you let him in?
Or hide some magazines and put the Qur'an where they had been?
Would you still watch the same movies, On your T.V set?
Or would you switch it off, Before he got upset?
Would you turn off the radio, And hope he hadn't heard?
Or wish you hadn't uttered that last hasty word?
Would you hide all your worldly music, And instead take hadith books out?
Could you let him walk right in, Or would you have to rush about?
And I wonder if the prophet spent, A day or two with you,
Would you go right on doing, The things you always do?
Would you go on saying, The things you always say?
Would life for you continue, As it does from day to day?
Would your family squabbles, Keep up their usual pace,
And would you find it hard each meal, To say a table grace?
Would you keep up each and every prayer, Without putting on a frown?
And would you always jump up early, For prayer at dawn?
Would you sing the songs you always sing? And read the books you read?
And let him know the things on which, Your mind and spirit feed?
Would you take the prophet with you, Everywhere you plan to go?
Or, would you maybe change your plans, Just for a day or so?
Would you be glad to have him meet, Your very closest friends?
Or, would you hope they stay away, Until his visit ends?
Would you be glad to have him stay, Forever on and on...
Or would you sigh with great relief, When he at last was gone?
It might be interesting to know, The things that you would do...

If prophet Muhammad, in person, Came to spend some time with you..

p/s : happy maulud day..Ya Muhammad..we miss u...

Wednesday, August 19, 2009

Jika aku jatuh cinta....

Ya Allah

Jika aku jatuh cinta

Cintakanlah aku pada seseorg yg melabuhkan cintanya pada Mu

Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai Mu


Ya Muhaimin

Jika aku jatuh hati

Izinkanlah aku menyentuh hati

Seseorang yang hatinya bertaut pada Mu

Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu


Ya Rabbana

Jika aku jatuh hati

Jagalah hatiku padanya

Agar tidak berpaling daripada hati Mu


Ya Rabbul Izzati

Jika aku rindu

Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalan Mu


Ya Allah

Jika aku menikmati cinta kekasih Mu

Janganlan kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya malam

Bermunajat di sepertiga malam terakhir Mu


Ya Allah

Jika aku jatuh hati pada kekasih Mu

Jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh

Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada Mu


Ya Allah

Jika Kau halalkan aku merindui kekasih Mu

Jangan Kau biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki

Juga rindu abadi hanya kepada Mu

p/s: Amin...

Sunday, July 19, 2009

i melayu la u


Aku Melayu?
Mak aku kasi nama Ayu
Aku rasa malu
Aku tukar jadi Jen
Sebab, lebih glamour
Tak macam Ayu
nama Melayu, aku tak sebulu

Aku Melayu?
Cakap aku pakai; I-you, I-you
Saya-Awak, macam kampung gitu
Sori, not for me, I tak mahu
Kalau you hendak, up to you

Aku Melayu?
Makan dengan tangan gelilah...
I suka pakai sudu garpu
Dekat rumah bolehlah
Tapi kalau kat restoran, malu
Nanti semua orang tengok aku
Silap-silap diaorang kata,
I ni, gelojoh you...

Aku Melayu?
Orang Melayu, mata cokelat gelap...
I suka mata biru
I pakai kontak lens
Sekarang mata I dah jadi biru
Otak I pun terikut, ada sikit blue
Kalau ada orang ajak,
Anytime I mau

Aku Melayu?
Of course!, I'm a Melayu.
I masih makan belacan
Walaupun I prefer keju
I masih pakai kain sarong
Walaupun I prefer tak pakai baju
I masih sambut Hari Raya
(But that's because I don't know what else to do!)

Sekali lagi, I nak kasi you all tahu
I ni masih Melayu
Tapi bukan sebarang Melayu

sumber: email dari member

p/s: aku jawa!

Wednesday, July 8, 2009

Allah sayang aku

dari hemisfera utara
hingga hemisfera selatan
dari angkasa raya
hingga pinggir atmosfera
Allah sayang aku

dari seisi alam
yg terbentang di langit dan di bumi
dari perubahan dingin salju
hingga bertaburan bunga berguguran
Allah sayang aku

dari masih di kantung perut si ibu
menjengah dunia dr pintu rahim
menghirup
O2
meneguk
H2O
hingga tertanggal dari dada penuh susu si ibu
Allah sayang aku

dari awalnya si anak rambut
hingga ke hujung ibu jari kaki
dari hadirnya bulan kala malam
hingga terangnya matahari membawa siang
Allah sayang aku

dari sudut mana lagi harus aku terangkan?
dari hujung dunia mana perlu aku tempikkan?
tiada ruang untuk aku mempertikai
tiada ruang untuk aku untuk tidak menyampai
tiada ragu
Allah sayang aku!


DrJiwaKacau
BK20(kelas PSDM)
08Julai2009
9.25a.m

Saturday, July 4, 2009

keroncong hujan

Mega mendung di angkasa

Hembusan bayu dingin terasa
gerimis berderai di merata
bagai mutiara

Rahmat dibawa bersama
Limpahannya meresap dijiwa
adakala bahgia terasa
meskipun duka nestapa

Tika hujan turun
sayup mendayu lagu keroncong
merdu irama dialun
bersenandung

Hujan membasahi bumi
melahirkan keluhuran budi
mengeratkan perpaduan suci
kasih sayang abadi




p/s: layan lagu di saat hujan dgn secawan kopi..layannn

Thursday, January 29, 2009

disudut itu

disudut itu
ratap si ibu anak kecil terkaku diam membisu

disudut itu
terbujur layu syuhada' berbekas peluru

disudut itu
tubuh membiru tanpa kepala
menangis si gadis maruah tercela

disudut itu
tertawa syaitan bernama Olmert
riang gembira bersama haiwan sang bush
menyalak kuat pertahan kekejian sang tuan

ooo...sang haiwan bakal melahirkan ganti
siapa gerangannya?
ooooo...bama
bersama gendang2
canang2kan perubahan

disudut itu
liga juara2 arab dan gugusan koloni islam
muram, suram dan kelam
mata terpejam
mulut memekik kuat
ooooo....i..c

disudut itu
suatu kesatuan bangsa berhimpun
tapi akhinya hanya mampu memerhati
hanya Pandai Buat Bodo!

di penjuru ini
aku berdiri
hanya mampu berdoa
dengan kudrat tidak seberapa
mengharap nanti akan tiba masanya
himpunan doa2 menjadi senjata terampuh
menyedarkan bangsa celaka
akan saatnya hampir tiba
akan musnahnya....YAHUDI JAHANAM!

" Ya Allah menangkan kami ke atas mereka"...amin

dr. jiwa kacau
bulan restu ekspress
28 jan 09
11.45 am

Saturday, January 17, 2009

GAZA ITU MEMANGGILMU

tangisan itu memanggilmu,

ratapan itu merayumu,

suara wanita yang tidak bermaya

jeritan si kecil yang tidak berdosa

ratapan si tua yang tidak terdaya

darah pemuda yang ditumpah

nyawa perwira yang dimamah

kau biarkan mereka dilapah

suara sayu memanggilmu

bumi Gaza yang diserbu

dek bangsat yang penuh muslihat

tentera khianat yang dilaknat


tergamaknya kau bersahaja

cuma menjadi penonton setia

sedangkan tanah Gaza dibunuh percuma

tanpa kau rasa duka


airmata dosa membiarkan mereka dihina derita

manakah janji bahwa kita bersaudara

darah Gaza akan menuntutmu di hari muka

kerna kau tinggalkannya dikorban tanpa bantuan

bangkitlah dengan keinsafan,hulurkan tangan pertolongan

demi Tuhan! buat Palestin yang ditawan!


Dr. mohd asri zainul abidin,

lampeter, wales, uk.

11.1.09

Tuesday, October 21, 2008

serabut

jiwa kosong
rasa menggila
akal keliru
jasad beku

marah
geram
simpan dendam
pendam dalam

cinta hampa
hati luka
pedih
sedih
kasih serpih

tercalar maruah
terbiar
terbakar
pecah berkecai
hancur bersepai

sedarkan aku
bangkitkan aku
biarku kembali pada realiti ku
biarkan aku kembali jadi diriku

Dr. JiWa kaCau
bara, 0321 am
21 syawal 1429/ 21 0ct 08

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails