supporters

Saturday, September 6, 2008

Untukmu sahabatku

Hari itu, dua orang sahabat baik mengembara meninggalkan kampung mereka bagi mencari tempat yang lebih makmur untuk memulakan penghidupan baru. Setelah sehari berjalan, tiba-tiba tercetus persilisihan faham antara dua sahabat itu ketika mereka sampai di sebuah persimpangan. Sahabat pertama, yang besar dan tegap tubuhnya, tanpa berfikir panjang telah menampar sahabat karibnya itu kerana tidak bersetuju supaya mereka mengambil simpang ke kiri. Sahabat yang ditampar tadi, terkejut. Dia tidak menyangka sahabat karibnya tergamak berbuat demikian.

Air matanya bergenang. Sahabat yang kurus dan kecil badannya itu termenung seketika. Dia mengambil sebatang kayu lalu memandang tanah. “HARI INI SAHABAT BAIK KU TELAH MENAMPAR PIPIKU”, tulisnya di atas pasir tempatnya berdiri.

Mereka terus berjalan meredah bukit dan hutan, hinggalah sampai di sebatang sungai yang dalam dan bertebingkan batu-batu besar. Dua sahabat itu meneguk air sungai tersebut dan kemudian mandi untuk menyegarkan kembali badan yang letih.
Entah bagaimana, tiba-tiba sahabat yang bertubuh kecil serta kurus itu tergelincir dari atas tempatnya berdiri, lau dihanyutkan arus sungai yang deras. Hampir sahaja sahabat ini lemas. Tetapi dia bernasib baik kerana sahabat yang berbadan besar serta tegap, berjaya menyelamatkannya.

Di atas tebing yang dipenuhi batu-batu besar itu, sahabat yang berbadan kurus mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang telah menyelamatkannya. Kemudian, dia telah menulis pada permukaan sebongkah batu besar berhampiran sungai tersebut dengan perkataan “HARI INI SAHABAT BAIK KU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU”.Sahabat yang bertubuh tegap itu terpinga-pinga.

Dia bertanya, ” Selepas aku menampar mukamu, kamu tulis di atas pasir. Sekarang, selepas aku selamatkan kau daripada lemas, kau tulis pula di atas batu. Kenapa? ”Jawab sahabat yang bertubuh kecil, “Apabila seseorang itu melukakan hati kita, catakan ia di atas pasir supaya ia akan terkambus apabila ditiup angin kemaafan. Tetapi apabila seorang itu membuat kebaikan kepada kita, nukilkan di atas batu supaya angin kemarahan tidak mampu memadamnya”.

No comments:

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails