supporters

Friday, November 14, 2008

PAKU DI DINDING

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama
sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul
paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu
persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok
tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi
lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan
kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau
melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan
luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan
membunuhnya. Tetapi ingatlah,tak kisah walau berapa kali pun kau memohon
maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di
hati adalah lebih pedih dari luka yang nampak di mata".

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kita ketawa dan
selalu menggalakkan ke arah kejayaan..

Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada kita, walaupun akan tiba satu masanya bila
anda menjumpai org yg anda sayangi dan anda tidak lagi mempedulikannya, dia
tetap menganggap anda sahabatnya yang paling terbaik yang pernah
ditemuinya..

Jadi, maafkan saya seandainya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di
dinding hati anda...=)

No comments:

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails