dari hemisfera utara
hingga hemisfera selatan
dari angkasa raya
hingga pinggir atmosfera
Allah sayang aku
dari seisi alam
yg terbentang di langit dan di bumi
dari perubahan dingin salju
hingga bertaburan bunga berguguran
Allah sayang aku
dari masih di kantung perut si ibu
menjengah dunia dr pintu rahim
menghirup O2
meneguk H2O
hingga tertanggal dari dada penuh susu si ibu
Allah sayang aku
dari awalnya si anak rambut
hingga ke hujung ibu jari kaki
dari hadirnya bulan kala malam
hingga terangnya matahari membawa siang
Allah sayang aku
dari sudut mana lagi harus aku terangkan?
dari hujung dunia mana perlu aku tempikkan?
tiada ruang untuk aku mempertikai
tiada ruang untuk aku untuk tidak menyampai
tiada ragu
Allah sayang aku!
DrJiwaKacau
BK20(kelas PSDM)
08Julai2009
9.25a.m
2 comments:
ooo neh keje ko kt clas eh? ;p
biase2..hehe
Post a Comment