supporters

Tuesday, March 16, 2010

reject or terima

setiap jasad manusia itu ada jiwanya
yang pelbagai rasa
pelbagai aneka ragamnya
paling pasti yang sangat berbeza di asbabkan oleh perilaku dan kawalan manusia itu sendiri terhadap jiwanya
pendek kata ada jiwa,ada pemutus katanya
jadi bila berlaku konflik
jiwa ini akan mengalunkan irama
samada lagunya berentak syahdu,balada mahupun gembira
dan pada saat ketika itu
tugas jasad amat jelas
stabilkan jiwa agar jiwa itu tidak merapu
kekal rasional

cumanya
bila jiwa dari jasad lainnya
dipengaruhi oleh jasad yang tiada hubungan dengan jiwa itu
maka jiwa itu merapuh dengan sendirinya
lemah dan longlai
lantas jasad juga turut cenderung menjadi kusam dan serabai

jadi apa yang aku mahu sampaikan adalah
jangan disiksa jiwa itu
jika jasad kamu cinta pada jiwa itu katakan sahaja AKU TERIMA KAU
jika tidak REJECT sahaja
jangan kau letak keputusan di tengah2 di antara
dan jika kau rasa ragu sebaiknya kau pilih untuk REJECT
jasad kau tidak perlu pening untuk menilai

kau perlu tegas
tegas pada jiwa kau sendiri
kerana kau adalah jasad yang mengawal jiwa
bila kau punya jiwa,kau patut tahu rasa jiwa disiksa
memang bukan sesuatu yang indah
paling terutama jangan kau tamak mengumpul jiwa
jangan dibiar jiwa merana kerana kau tidak tahu membuat keputusan
bila banyak jiwa yang kau gantung lebih sukar keadaannya
akhirnya kau membuat jiwa kau MATI kerananya


p/s: jgn jd penyiksa jiwa,kesannya mungkin dluar jangkaan!

1 comment:

m said...

setuju. setuju. setuju. hey jangan pernah kejam! sila jangan.

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails