supporters

Wednesday, March 10, 2010

roda dan gandar

samaada disedari atau tidak
putaran roda kehidupan sentiasa adil
hukum karma semacam benar
walaupon aku secara sendirinya merasakan kepalsuan hukum itu
bagi aku tiada setanding ketetapan qada dan qadar

~hurm~

kata lelaki tua berketayap putih
'tersukar didunia itu apabila kau memohon ampun dan memberi pengampunan'

benar!
aku sangat setuju
jadi entri kali ini cuba memberi erti
cuba memberi jalinan kaitan
seperti roda dan gandar

~berpikir~

masih bingung??
luaskan minda seperti luas langit biru atas ubun2 kamu
bila kau selalu mengadu kau sering di apa2kan
terguris hati dan perasaan
kau kehilangan sebuah kesedaran
diam2 kau juga mula mengapa2kan setiap yang ada dikitaran kau
dalam erti kata lain
yang lebih jelas
kau berSALAH!

akhirnya kau mula memohon maaf
sedaya upaya mengharap agar diberi keampunan
dan
pada kala ini kau lupa pada sukarnya diri kau memaafkan
atas saat kau juga pernah diapa2kan

~hurm~

bila kau bersalah
kau mengemis ampun
juga sebaliknya
pabila manusia sekeliling mengapa2kan kau
maka terjadi perkaitan antara hukum karma tadi
dan ketelusan erti kemaafan
seperti roda dan gandar
perlu sentiasa bersama
agar stabil
agar lurus
kerana destinasi semua sama
alam kekal dan abadi
jadi salah sesama insani
hanya mampu diampun insani

mari kita rasional kembali
mari mula memberi ampun disetiap yang ada
mari juga kita belajar untuk memperbaiki diri
agar salah yang terlaku menjadi pengajaran
dan bukan salah yang diulang tayang
sehingga jadi sebuah keSILAPan yang dikesalkan

~diam~

jadi aku mengguna ruang yang ada
untuk aku memohon ampun
kerana sedarnya aku
tentang perilaku salah aku
buat sapa2 diluar
jadi sukar
jadi bingung
jadi sebal
kerana jasad kotor ini penuh dosa
maka beri aku masa untuk aku cuci ia
dan simpati aku dengan kemaafan
dan rasionalnya aku akan tenang
walaupun aku sedar pada akhirnya
keadaan tidak mungkin akan sama
seperti asalnya
tapi itulah hakikat yang perlu ditelan
walau pahit lebih dari hempedu

p/s: mohon maafkan aku rama2...

No comments:

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails