supporters

Tuesday, April 20, 2010

sumpahan kebahagian

barangkali engkau2 selalu hairan
keliru dengan hal yang selalu terjadi
paling sangat nyata bila engkau2 seringkali dihimpit rasa
ketidakbahagian

'aku sumpah engkau2 tidak bahagia selama generasi engkau ada'
percayala aku sumpah jenis ini tidak akan hairan dipandang Tuhan
impian jahat semestinya sukar termakbul
lebih2 lagi doa2 sumpah seranah

jadi mari kemari
kita berdiskusi
antara engkau2 dan aku
masing2 punya khilaf
punya salah

aku mintak jangan kau anuti kepercayaan sumpahan untuk tidak bahagia
tidak ada realiti itu
yang jelas marilah kembali lihat kepada siapa bagi kebahagian itu
dan sejauh mana pengharapan kepada pemberi itu dan usaha engkau2 dan aku mencapai kepuasan yang memberi bahagia

jawapan muktamat dan mutlak tentulah Allah
Maha beri bahagia
mari kita selusuri jalanan hidup kita
pasti ada tompok2 hitam yang pasti membuat yang Maha pemberi bahagia
enggan bagi engkau2 dan aku kenikmatan bahagia itu
lantas engkau2 dan aku terjelopok dalam kesalahan

mana datangnya bahagia andai sujud padaNya ada lompong
wajibnya tiang itu ada 5 jadi 4 mungkin 3 atau tiada
mana datangnya bahagia andai engkau2 hanya tahu meminta bahagia
sedangkan perlu engkau banyakkan memberi dengan seikhlas jiwa
mana datangnya bahagia andai engkau mungkir suruhanNya
sedangkan nikmatNya tidak pernah putus engkau2 jamah

bingit aku sampaikan paling dekat telinga sendiri
jadi mari sama2 kita cuba muhasabah jiwa kotor
bersihkan dengan mencari cinta sebenar
engkau2 dan aku mahu bahagia bukan
mari jadi hamba pemberi bahagia
biar Dia senang dengan kita
lalu dihadiahkan bahagia luar pemikiran kita

p.s..bahagia dan cinta adalah satu pakej..bahagiakanlah orang engkau cinta walaupon cintanya bukan untuk engkau..insyaAllah, kebahagian dari Allah akan tiba..

2 comments:

Unknown said...

ko bahagia x en. tudungsajibiru?? btol..kalu kite bhagiakan org y kite syg..insyaallah kite akan bahagia,,,..
n semoga ko bahagia ek....

sangai biru said...

slagi aku ade famili..aku slalu bahagia:)

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails