supporters

Tuesday, June 29, 2010

ikhlas

dalam setiap hal aku pernah berikan
aku ikhlas
dari sekecil hal hingga sebesar pengorbanan
bukan bayang-bayang

dalam setiap cinta aku berikan
aku ikhlas
dari sudut hati paling dalam
bukan bayang-bayang

sejak kejauhan ini menjadi batas
dalam antara kamu dan aku semakin menjauh
pada rindu kamu datang meneman

pada kamu yang aku labuhkan jiwa
coretan ini sekadar mahu kamu faham
betapa saat ini aku semakin tenat
bertarung dengan segala ingatan pada kamu
yang membuai dibenak fikiran dan rutin hidup

walau berat aku akan mencuba menanggung
lepaskan kamu walau sebenarnya aku ragu
pada mampu aku
pada kudrat aku
kerana tanpa kamu
aku lemas dan hilang

sesungguhnya
dalam hati ini
yang pasti terbuka dan tertutupnya ia dari kerana kamu
meletakkan aqal mahu serah pada takdir
biar ia tentukan
biar ia pastikan
dan sehingga selama takdir itu
tahta itu hanya untuk kamu
pada kamu....
nnar

p/s; ikhlas itu rahsia Allah...

No comments:

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails