supporters

Wednesday, July 7, 2010

darah vs mangga


mangga..
dgr nama pun da bikin kecur air liur
apetah lagi bila da depan mata
aku kelaskan diri aku sebagai hantu mangga
sbb bila kemasaman mangga menyelinap di kerongkong
rasa puas!!

sebenarnya mau share ilmu tentang perihal masam2
yang kalau secara sains darjah 6nya
bila kita letakkan kertas litmus pada mangga
ia akan bertukar warna
maka ia adalah asid

ape kaitan dengan darah???

begini..
darah engkau dan aku naturalnya
pada pH 7.3-7.4
logiknya dalam jadual keasidan tingkatan 1
ia adalah alkali

masih kelabu asap??

lebih mudah begini
bayangkan pantai morib
(yang ada seorang kawan dengan yakinnya kata ia di pahang)
lautnya dihuni umang2, ikan2
sebab ia natural dan selamat untuk dihuni
dan bayangkan pula laut merah
tiada hidupan kerana terlalu tinggi pHnya
diluar kemampuan natural untuk umang2 berhabitat

jadi..
bila kita campakkan makanan2 berasid (acidic food)
dalam perut sesedap selera
maka akan meningkatla kadar keacidan dalam aliran darah
dan darah terpaksa buat OT untuk mengembalikan kestabilan
dan menghubungi tulang2 menghantar kalsium kepadanya
agar darah kembali normal!!

kesan dalam jangka masa panjang??

pernah tengok cacing??
cacing xde masalah rapuh tulang (osteoporosis)
tp sebagai manusia yg bertulang, dan sumber kalsium telah digunakan secara maksima untuk penstabilan itu
tanpa perlu dipaksa engkau akan seperti kebayan bongkok tiga!!

sebaiknya dikurangkan makanan berasid ini
selain melemahkan kekuatan minda
ia juga menyumbang pada sakit2 yg lainnya

ada lagi??

yup..
selain tulang membekal kalsium
darah juga dengan mekanisma tersendiri
akan menggumpalkan segala asid dan dihantarnya pada kawasan tertentu
seperti sendi-menyumbang pada GOUT
di limpa dan juga buah pinggang (kidney)
dan kurangkan risiko ini dengan minum pada nisbah yg banyak
ok??

p/s; tagih pulut mangga dari seseorang..hehe

No comments:

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails