supporters

Monday, August 16, 2010

selamat hari lahir

mood hari ini agak serabai
setiap atur gerak kerja aku sedikit comot
tidak tersusun sedikit serabut
haru biru

sebenarnya ingatan aku masih pada kamu
walau aku penat mengendong sarat usaha untuk melupa
dan aku makin lesu kerana selalu gagal untuk lakukan itu
ingin kembali seperti dulu bagai mengharapkan
bayang2 itu pejal boleh dipengang simpan
buat hiasan dindingkertas

nasihat aku
jika mahu mencinta
tinggalkan sedikit benci
agar ada ruang pintu
untuk kau keluar dari ingatan darinya bila ada kecemasan
tatkala kau bikin salah
yang luar biasa untuk dimaafkan
dan kau perlu dibuang jauh dari dasar hatinya
dan...tadaaa...
itu yang terjadi kini
pada aku
sedaya bertarung pada rindu padanya yang aku sangat yakin
tidak terkesan apa2 pada tiadanya aku

dan esok 17 August
hari ulang lahirnya
aku mahu dia gembira
dengan bertambahnya usia
moga Allah jauhkannya dari musibah dan kemurungan jiwa
moga dia terus dibawah payung rahmatNya
dipanjangkan usia
dipanjangkan kenikmatan
moga dia terus bahagia dan bahagia..amin

p.s; selamat ulang tahun ke 24, kamu...

No comments:

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails