supporters

Wednesday, July 27, 2011

anak setan!!

Menurut salah seorang Ulama bahawa anak-anak Iblis itu mempunya namanya sendiri. Diantara nama mereka iaitu :
  1. Laqis
  2. Walhan (menjadi was-was)
  3. Haffaaf ( menjadikan sesat)
  4. Mirrah (pembantu rumah)
  5. Zalanbur ( tugasnya di pasar jual beli)
  6. Batsar (tugasnya ke tempat musibah menganjurkan supaya ahli musibah menangis)
  7. Akwan ( tugasnya membuat supaya orang berzina samada zina hidung, zina anggota, zina kemaluan dan sebagainya)
  8. Abyah ( bertugas membisikan rasa was-was dalam diri nabi-nabi)
  9. Dasim (mengikuti orang - orang yang makan minum, berpakaian, berjimak yang tidak membaca bismillah dan doa)
  10. Mathumur ( tugasnya menyampaikan aduan)
itulah sepuluh nama-nama iblis atau zuriat iblis yang perlu diketahui. Tujuan kita kemukakan ini, agar manusia tidak menamakan anak dan cucu mereka dengan nama-nama yang salah dan menyerupai nama-nama Iblis. Jangan memberi nama seperti si Jahilan (jahil), si Sa'ir( Neraka), Hawiyah ( Neraka yang apinya sangat panas) atau memanggilkan Qary Wanita dengan Qariah (Kiamat) juga pada wanita yang memakai Wathi' pada akhir namanya yang bermakna bersetubuh, seperti lelawati dan lain-lain.

Akhirnya setelah kita mengetahui, bahawa Iblis sejak Nabi Adam sudah jadi pembangkang, penderhaka terhdap Allah dan sampai Kiamat akan menggoda, merayu, memujuk manusia kepada kejahatan. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaikan itu musuh yang nyata bagimu." (Al-An'am:142)

di petik dari buka "3003 mesteri Himpunan Kisah Jin,Iblis,Syaitan"
karya: Muhaammada Isa Selamat (Darul Nu'man)

1 comment:

Mya said...

weeee comment box sudah normal semula! =)

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails