supporters

Friday, November 25, 2011

cita-cita hak budak-budak

budak2 darjah 1 bila ditanya...'mau jadi apa2 bila sudah dewasa?'
hampir semua mahu punya kerjaya yang lazat telinga untuk didengar..'doktor..estronot..juruterror..pegawai itu dan ini'

zaman budak2 paling seronok..kan2??!!
budak2 td yg kini baru nk 'up' dan sedang berbaju putih seluar hijau..jwpn masih agak sama cuma sedikit berperisa ragu2 pd saat sehelai kertas bergred A,B menjadi juri tetap penentu masa depan..dan sehingga kini..itulah pilihan terbaik menentu karakter sukses manusia..mana yg berada dilingkungan C,D,E,F dicanang bakal gagal dalam hidup..diulangi..GAGAL!!..(statement ini siyes aku tak setuju, tp paling kuat dan kerap kita dengar kan?)

budak2 td kini bergelar mahasiswa..dan dengan kematangan yg semakin berbuah, cita-cita tatkala bergelar budak2 dahulu kembali dijuangkan dek kerna yakin bhwa landasan yg telah dirancang semakin jelas..

budak2 td akhirnya bergelar graduan membawa segulung ijazah dan segenggam azam mahu terus berjuang merealisasikan impian dan cita2 zaman budak2. Ironi..sementelah menapak keluar dari kepompong gedungan ilmu itu..cita2 semakin kabur..beribu persaingan perlu dihadapi merebut posisi kerjaya yg cuma hanya sekelumit..beribu hutang perlu dibayar tatkala bunga serta faedah meninggi saban tahun..kemana cita2 budak2 menghilang???

kenapa??..

dizaman budak2nya..cita2 dicipta sebagai motivasi paling utuh untuk membina struktur kejayaan..ia ada cuma jalan menujunya tidak jelas..kerana kita budak2..tidak jelas..tidak paham..apa itu cita2..kebanyakkannya kita plagiat jwpn yg lain dan dipaten jd hak milik sendiri.

jd..perlukan kita punya cita2??

bagi aku,

masih perlu, dan keperluan itu perlu dimodifikasi selari dengan kehendak semasa..

kadang2,

apa yg kita terlalu inginkan..tidakkan selalunya kita peroleh..
sememangnya itu aturan alam dibawah caturan yg ESA..
melihat sejauh mana mampu kau aku mereka..
tetap yakin akan ketentuanNya..
paling penting..jangan mengalah terus usaha..


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”..(Q.S Ar-Ra’d 13 : 11)
jelas bukan.. 
jadi budak2..
tetap yakin dengan segala yg terjadi, punya HIKMAH..

kerana jika Tuhan itu amat mudah memakbulkan cita2 hambaNya tanpa perlu mereka berusaha
percayalah..hanya binasa di akhirnya..

ps; 'chekgu...cita2 sy nk jd power ranger merah..sbb dia paling kuat!'..



No comments:

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails