supporters

Wednesday, December 28, 2011

ct di icu..

saya da kenal ct lama da
dari 2009 lagi
masih tengah blaja time tu
kalau ikut kemampuan memang xlogik saya mampu
maklumla selera ct 'high standard'
tapi nak wat camne
hati da suka
hati da sayang

mama dgn abah pun tidak menghalang
walau pada awalnya mama adalah cakap
"pandai2 jg dia, tiap keperluan dia jgn abaikan"
saya dengar nasihat tu
patuh-tak-lawan
walau sekalipun
sebab hati da sayang

ct xpenah mengecewakan saya
gaduh sekali sekala tu pasti
adat dalam hubungan
walaupun terkadang saya terasa hati
dek karenah xmasuk aqal
dek hal yang bukan2
dek yang tidak2 dimintanya
saya tetap penuhi setiap hajat pintanya

tiap bulan saya tak pernah miss
bw ct ke 'klinik' sebagai rutin 'medical check up'
nk bg ct yg terbaik
supaya terus chat
terus ayu dan menggiurkan
sungguh pun belanja perubatannya
sering kali menggegar jiwa
tapi saya tetap gagahkan
sebab hati da sayang

sehinggala semalam
tepat jam 6 saya dan ct menyelusuri ombak kesesakan
mahu pulang kerumah bersamanya

tiba-tiba..

ct 'dihentak' dari belakang
membuatkan ct tersembam ke belakang sebuah kenderaan
kemudian terkocoh wanita yang merempuh ct dari belakang
memohon ampun dan maaf atas kecuaiannya

secara fizikal ct agak teruk
cuma saya tidak pasti tahap kecederaan dalaman
pandangan kasar seperti baik2 saja
hati sudah mula sayu
rasa ingin marah
tetapi saya sabar
tetap senyum walau sangat plastik
bertahun saya bersama ct
saya jg penuh belai
hatta sedikit gores luka pun buat saya tak lena tidur 
tp sekelip mata semua hilang diragut kecuaian

selepas buat report polis
atas rasa bersalah wanita itu berjanji membiayai segala kos 'perubatan' ct
'doktor' kata ct agak parah
dan perlu diletak dalam unit jagaan rapi
dia koma mugkin sehingga 7 hari
saya sedih..sangat sedih
ct...sedarlah kembali..
saya sangat2..
perlukan awak!!.......

p/s; kata apek di balai polis " ini kl maa...klu lu talak hantam olang, olang hantam lu!"..(T.T)

No comments:

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails