supporters

Wednesday, September 3, 2008

Panas Baran?

Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia akan memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.

CARA MENGATASI MARAH MENURUT ISLAM

a) mengubah posisi
Rasulullah SAW bersabda: " apabila salah seorang diantara kamu marah, dan pada ketika itu dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak,maka hendaklah dia berbaring. " (Riwayat Muslim)

b) berwuduk
Rasulullah SAW bersabda: " marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah dia berwuduk (Hadis Riwayat Abi Daud)

c) minum air
d) mendiamkan diri ketika marah
e) berlindung kepad Allah daripada syaitan
f) meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat yang sesuai.
g) belajar positif
h) belajar menyampaikan kemrahan secara positif dan terhormat, mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang
i) bawa bertenang seperti menarik nafas
j) senyum kerana senyum mampu meredakan tekanan

No comments:

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails