supporters

Thursday, September 4, 2008

Petua?

1. UNTUK MEMPERCEPATKAN KACANG HIJAU YANG DIREBUS KEMBANG
utk mempercepatkan kacang hijau yg direbus kembang utk dijadikan bubur, masukkan 1 @ 2 sudu minyak masak ke dalam rebusan tersebut dan lihatlah hasilnya. tidak perlu tunggu lama utk kacang itu kembang

2. NASI LEMAK CEPAT MASAK
jika ingin nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garfu @ sudu ke dalam periuk nasi yg bakal dimasak. biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. Insya Allah nasi lemak cepat dimasak

3. JIKA NASI HANGIT
tugas memasak bukan shj dikhaskan utk perempuan malah lelaki pun kadang kala terpaksa memasak terutamanya orang bujang. utk mengatasi masalah nasi hangit, ambil segelas air dan masukkan gelas yg berisi air itu ke dlm periuk nasi. biarkan selama 10 minit, kemudian angkat gelas, InsyaAllah nasi tersebut tidak merasa hangit lagi

4. MERANGUPKAN AYAM GORENG
selalunya ayam yg digoreng tidak rangup setelah lama diangkat dr kuali. utk mengekalkan kerangupan ayam goreng, cuba masukkan sebiji telur ayam ketika mengaulkan ayam bersama garam dan kunyit. setelah itu, gorenglah ayam spt biasa

5. MENGHILANGKAN BAU PETI SEJUK

selepas beberapa lama peti sejuk digunakan, biasanya ia akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. utk menghilangkan bau tersebut, letakkan arang di dlm peti sejuk. baunya akan hilang dlm beberapa hari.

6. CARA HILANGKAN GETAH DI PISAU

layurkan @ panaskan pisau di atas api di dapur sehingga nampak getah di atas pisau mendidih. kemudian lapkan @ sapukan pisau tadi dgn surat khabar. ulangi sehingga pisau kembali bersih

7. MEMEKATKAN KUAH
untuk memekatkan kuah, masukkan ubi kentang ke dlm masakan tersebut

8.MENGELAKKAN LIPAS
ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas spt almari pakaian, dan ceruk2 dapur, apabila daun pandan itu sudah layu, gantikan dgn daun2 baru.

No comments:

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails