supporters

Saturday, January 17, 2009

adab mendengar azan

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya 
yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa 
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat 
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik 
mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . 
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah 
kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah 
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. " 
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan 
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan 
berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib 
menghormati azan Banyak fadhilatnya. 

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. 
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? 
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah 
akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan 
kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita 
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang 
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika 
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan 
syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama 
menghormati azan dan mohon k ep ada Allah supaya lidah 
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian 
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin.

1 comment:

phantomgirl said...

satu lagi...di kala azan bergema...bangun la wahai umat islam...kerana di kala maut sudah mencabut nyamwa mu...keadaan mayatmu berat..,so hormatilah azan..sesungguhnya azan itu sungguh tinggi pangkat nya..merdunya alunan jika di bandingkan dengan lagu2 yang sering kita perdengarkan....

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails