supporters

Thursday, March 25, 2010

rumah amal limpahan kasih


apa agaknya rasa bila engkau tiada beribu berbapa
tanpa hadirnya insan yang kau mohon sentiasa ada
saat kau sukar dia permudahkan
saat kau tergantung dia ada untuk menyambut


sehari berada di rumah amal limpahan kasih banyak memberi aku kesedaran
melihat keletak anak2 yatim buat ego yang bergayut di jiwa ini gugur bagai hujan di saat kemarau datang

aku sebenar sudah lama mahu ke taman2 syurga dunia ini
Alhamdulillah hasil kerja keras crew GPMS Unisel Shah Alam (credit buat aini et al, 2010) hasrat ini terrealisasi


kesedaran seakan menggunung pabila ku korbankan hampir sejam bersama abg firdaus
seorang muallaf cina yang baru 5 bulan mengenali syumulnya Islam
aku tertarik dengan bagaimana beliau kenali Islam itu sendiri
dari hidayah pabila beliau mempersoal kewujudan Tuhan
lantas beliau merasakan jika Tuhan itu benar2 ada,maka dimana ia
dikajinya Bible (khatam seluruh versi), dibacanya setiap kitab yang ada (termasuk Al-quran)
hasilnya di dalam Islam itu,penerangan tentang Tuhan itu lebih jelas hingga tanpa sekelumit ragu, lafaz syahadah menggelongsor keluar dari mulutnya

semangat!!!

bayangkan saat belum bergelar muslim, beliau punya segalanya..kerjaya,harta,keluarga hilang sekelip mata, namun ironinya,kehilangan itu menjadi pengganti kepada rasa kosong sebelum bergelar muslim


dikesempatan yang ada, abg firdaus menyampaikan ilmu yang ada pada anak2 yatim yang tinggal d RALK..dari raut wajah bersihnya,aku dapat lihat betapa tenangnya insan yang semakin dimamah usia ini,namun ia tidak menghalang abg firdaus untuk terus berdakwah..kadang2,tiap2 kata abg firdaus buat aku malu sendiri..lahir aku azalinya Islam,tp zahirnya tidak sebegitu beza dengan abg firdaus yang dahulunya menyembah patung tidak bernyawa..antara katanya yang ingin aku kongsi "dahulu semasa beragama buddha, saat mahu sembahyang perlu berada di rumah Tuhan..jika ke eropah dan mahu sembahyang, harus pulang ke malaysia untuk bersembahyang..dalam Islam,selagi berkiblatkan Mekah, kita tetap boleh bersembahyang dimana2 asal bersihnya itu pasti..kerna Allah itu sentiasa ada dalam hati setiap muslim"...


tambah abg firdaus, hakikat dunia itu sementara..tiada apa yang kekal di dalamnya..jadi selagi jasa mu masih diteman nyawa banyakkan amal kebajikan dan kebaikan kerna hanya doa anak2 soleh,amal kebajikan dan ilmu2 yang engkau ajari akan jadi bekalan mati..saat sinar Islam mula menerangi hatinya,abg firdaus sempat berpesan "hidup mesti buat baik,jgn sangka buruk pada orang lain. hargai setiap apa yang ada dan syukur itu wajib selalu ada"...

GPMS & RALK 2010

ps: Sabda Rasulullah SAW, "Siapa yang berbuat baik (beri kasih sayang) kepada anak yatim lelaki atau perempuan, adalah aku dan dia di dalam Syurga seperti dua ini (ditunjukkan dua jarinya yang dirapatkan)." (Riwayat Al Hakim)

pss: yatim itu bukan bererti kau tiada beribu dan berbapa..tetapi bila kau yatim ilmu dan dan piatu amalannya ~RALK 2010~


psss: moga ralk menjadi titik tolak erti sebenar seorang aku...


4 comments:

Unknown said...

Wah..akhirnya..dalam kebz-an menyiapkan thesis sempat juga saudara paparkan kisah yg di tunggu- tunggu..Hidayah Allah itu nikmat yang tidak terhingga dan acapkalinya turun kepada insan yang mencarinya..

sangai biru said...

2 la..dok cr ms gak sbnrnya..hehe..tq sbb sudi tggu n xjemu nk baca..hehe

m said...

=)

Unknown said...

Saudara teruskan menulis, sy akan trus membaca =).

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails