supporters

Saturday, May 8, 2010

MJ

dalam dunia dari alam haiwan ke alam manusia
malah alam bunian sekalipun tidak akan dapat lari dari cinta
cinta ini terlalu klasik untuk dibicara sehingga jika engkau terlalu terbuka berbicara
tentangnya ...kau layak jadi MAT JIWANG (MJ)
jadi hari ini aku adalah MJ itu
kerana mahu bicara tentang hal2 jiwang ini untuk entri kali ini

aku agak kamu2 semua mesti juga hairan
hati2 kamu tidak penah merasa bahagia
walaupon kamu punya cinta
namun tetap tidak bahagia
mengapa??

dari perspektif seorang MJ ini juga tidal terkecuali
malah MJ ini lebih sedikit sadis
si MJ hanya mampu mengejar cinta
tapi akhirnya tersungkur dek rasa tidak berbalas
bukan sekali..tapi berkali-kali
bimbang juga hati jadi kebas..lali dari cinta
mengapa??

saat ini mari MJ dan kamu bermuhasabah
renung dalam2 apa punca kita tiada rasa nikmat itu
renung dari mana datang cinta
dan kita tanya...sejauh mana cinta kita pada punca cinta itu

cinta manusia memang sukar untuk kita faham
sebab ia kompleks dan kesukaran kita mahu memahami pemikiran individu
dan akhirnya kita jadi tertanya...engkau ini mahunya apa??
cuba lihat cinta pada pemberi cinta atau biar aku gelarkan-Nya Dia
cinta Dia mudah
tidak perlu pengorbanan
tidak perlu kesakitan
tidak perlu bersengkang mata
tidak perlu bikin hal engaku tidak suka
tidak perlu hipokrit
hanya jadi diri engkau

pinta Dia mudah
ingati diri Dia selalu
dalam setiap hal
dalam setiap urusan
malah Dia juga tanpa jemu berpesan
lakukan kebaikan selalu dan Dia akan ingat pula pada engkau
romantis bukan??

dan ertinya cinta tanpa rasa cemburu??
Dia maha cemburu
jika kau selingkuh dengan cintaNya
amarahnya selalu ada
dan dari kerana itu Dia kerap berpesan
mengharap engkau memelihara pandangan dan kemaluan

anehkan??
bila cinta manusia
walaupun manusia kau cinta ada didepan mata
mata masih mampu meliar
jauh beza dengan cinta Dia
ingatanNya buat kita kembali menyintaNya

MJ mahu berubah
tatkala usia semakin menganjak
tatkala sang pengambil nyawa memandang gembira
mahu kembali menawan cinta Dia
kerana bila engkau terlalu cinta manusia
ia bikin jiwa lupa pada cintaNya
pada si Dia tidak penah sesaat leka melupakan
dan Dia sentiasa ada untuk menyinta dan dicinta



p/s: tak faham cinta manusia dan apa mahu mereka

No comments:

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails