supporters

Thursday, June 10, 2010

hati untuk disewa~puisi dari nepal

hari ini ada hati untuk disewa
aku hebah sebar
bertabur berselerak
biar perhatian yang ada aku tarikkan

harga bisa runding
agar kau aku suka gembira capai setuju
pada sekeping hati seakan usang
pada saat sawang dan ronyoknya
jadi hiasan jadi pameran

pada si tua2 itu
pasti kata mereka hati mau disewakan itu
owh masih muda
ironi pada si muda2 pada rasa mereka
tuanya ia masakan masih punya harga??
namun ia masih hati untuk disewa

namun pesan mahu aku serukan
jaga ia sebaik sebagus apa adanya
walaupun semak
walaupun serabai
tetap sang jasad mahu pada penghujungnya
sedang mana bila dikatakan sewa
tetap pengakhirannya harus dikembalikan dihujung durasi masa sewa

sedang yang pasti pada saat ini
jasad mahu dibiar kosong
mahu tdak mahu segala bentuk kelahiran yang datang dari hati
yang biasa kau kenal sebagai perasaan
kerana itu maka adanya...
hati untuk disewa!

lab R&D TBE s.d.
10092010
430pm

No comments:

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails