supporters

Monday, June 14, 2010

yang hilang itu jiwanya

bila petikan gitar tiada berbunyi indah
bila si pungguk lesu menanti
bila penyair bersyair sumbang
bila madu manisnya tiada

ada yang hilang
itu adalah jiwa
ada yang pergi
itu adalah jiwa

jiwa itu berdebu kecewa
jiwa itu terpalit kotoran hampa
mendakap erat utuh melekat
membiar mati jiwa sepi

jiwa itu istiqamah dalam penungguannya
walaupun dihambat taufan
ditempik badai menderu
tetapnya ia disitu

namun pabila debu2 kecewa mula berterbangan
dibawa angin kekecewaan
tidak lagi logik jiwa terus disitu
pada seharusnya ia pergi
bersama luka tercalit dalam

lalu nekad digunungkan
pergi dan lari dari rasa itu
meredah lautan terbang ke awan
mahu dilalikan segala rasa itu
biar kebal walaupun sebal
atas hal jiwa patut pendamkan
kerana dari awalnya seharusnya ia begitu
terpendam dan tidak terluahkan...

R&D lab
TBE sdn bhd
140610
905 am
p/s; bila bosan time, idea macam hujan...

3 comments:

Unknown said...

adeh....adekah kau terlalu puitis atau aku y sbnarnye memng xde jiwa puitis nih??xpaham lorh....citer sket!!

sangai biru said...

np???hehe

Unknown said...

yolah..ko nyew entri kali nih..xpaham eh maksudnyew...

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails