supporters

Wednesday, August 4, 2010

jaga dia baik-baik

kelmarin aku ke shahlam
mahu melawat sahabat-sahabat gpms unisel shahlam
dengan berbekalkan semangat anak ledang yang masih membara
tapi agak hampa bila aku sampai
dewan gah itu agak lengang dengan kapasiti yang hadir
agak sedih..
mentaliti mungkin..
program kenegaraan berkonsep kemerdekaan
agak kurang menarik untuk dkunjungi
tidak seperti konsert yang mengujakan
boleh terkinja-kinja dengan bahagia
dan aku sangat yakin
keadaan juga sama
jika yang berlaku itu adalah..ceramah!

saat mahu pulang
aku diberi amanah dari seorang teman baik
lagi-lagi sejak berada di nilai itu
tugas aku makin bertambah
jaga buah hati orang!
apa pun ia tetap amanahkan??
jadi wajib aku jaga
ayatnya simple
'tolong jaga dia baik-baik'
amanah yang klise
tapi tetap akan dipertanyakan
jika gagal dipegang amanah itu!

ya..
itu bukan kali pertama aku diberi amanah sebegitu
sebelum ini juga pernah
walau aku dan dia tak penah kenal
tapi bagi aku dia tetap seorang sahabat
kerana percayakan aku dengan amanat amanahnya

walaupun kami xpernah kenal pun
dan amanat itu datang berbunyi
'En. zul.. Pls jaga cik ******** bebaik...ty..'
dan aku rasakan ia lahir dari hatinya
yang mahu lihat orang yang dia pernah sayang
aku jaga sebaiknya

aneh bukan??
tetapi bagi aku
aku meletakkan sanjungan padanya
beb..aku tabik lu sangat
tapi aku juga mohon ampun
sepertinya amanah itu aku juga gagal untuk menjunjugnya
kerana aku seperti bukan layaknya memegang amanah itu
bukan kerana aku tidak mahu
bukan kerana bacul penakut
cuma..entahla
dalam keadaan kabur ini
aku sendiri tidak tahu
ianya tidak jelas
aku perlu terus menjulang amanah kau
atau biarkan sahaja yang layak
memeliharanya
cuma aku hanya boleh katanya
maaf dan ampunkan aku
amanah kau tidak sepenuhnya berjaya aku pikul
cuma jika masih diberi peluang
aku akan julang kembali amanah itu
setinggi mungkin!

p/s; mift....ampun!


No comments:

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails