supporters

Friday, August 6, 2010

1resolusi

aku perlu belajar menelan hakikat pelan-pelan
macam menelan wasabi
pedas dan memeritkan
kena juga aku telan
jika aku terus meratapi seperti kala ini
memang aku akan mati

aku perlu belajar sayangkan diri aku dahulu
keluarga aku
pada teman2 seronggeng
setelah selama ini aku serahkan perasaan itu seluruhnya
tanpa tinggal sebarang sisa pun
dan akhirnya dipulangkan kembali seperti cerita yang tergantung
apa akhirnya tidak langsung diketahui
dan aku mahu gerak
sudah tidak mahu lagi ada ditempat sama
aku tahu susah
tapi lagi susah kalau aku tidak berusaha bergerak langsung

pada kau
sedikit pun tiada marah
bengang jauh sekali
kerana manusia seperti aku ini celanya banyak
mungkin tanpa sedar aku buat kau terluka
dan kau membalasnya secara refleks
tidak kau sedar
jadi aku tak pernah salahkan kau
malah aku bersyukur
penah ada rasa dan serah pinjamkan pada kau
doa aku
moga kau terus dilimpahi rahmatNya
jauh dari musibah dan kesedihan
selalu bahagia..amin

dan pada pihak aku
resolusi aku
mahu perbetulkan keadaan
mahu capai apa yang aku citakan
keluarga aku jadi keutamaan
dan maafkan aku
perasaan pada kau aku tidak mampu buang
jadi biar aku pendamkan
dan sampai bila aku sendiri aku tidak tahu
namun aku tidak menolak panggilan jodoh dan takdir
dan selama itu
biarlah apa yang berlaku..go with the flow!

p/s...NNAR, good luck thesis...maaf sudah bawa susah dalam hidup kamu..

No comments:

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails