supporters

Monday, August 9, 2010

bangkit kembali!

aku sedar sejak beberapa kebelakangan ini
entri aku agak bermelodi balada
refleksi keadaan sebenar diri aku kini
sedang bertarung dengan rasa lemah diri
seorang diri!

sedang pada ketika dia pada aku
lebih mudah
tiap kali terjadi hal menduka jiwanya
sentiasa ada bangsa adam menemaninya
saat terluka dengan kekasih lamanya
ada aku
saat terluka dengan aku
ada hang bertuah itu
aku senyum selebar mungkin
salah aku yang pasti
aku letakkan puncanya dari aku
terlalu bodoh barangkali
membiar tanpa meletakkan hormat pada sidia

tak mengapalah
hal yang terjadi jadikan sempadan
supaya pada lain kalinya aku tidak akan ulangi
tidak mahu ulangi
jadi pengajaran

mama
terima kasih aku bagi
kerana saat aku mula mahu kenal cinta
ada perasaan pada hawa
saat masih awal remaja
kau halang kerana kau sedar
andai tika itu aku terluka
aku pasti tidak mampu menghadapinya saat seperti ini
aku tidak sekuat ini dulu
dan ramadan kali ini
aku harap datang dengan barakah
merawat perasaan yang bagi aku
sakit mungkin
hingga aku hilang fokus
dalam tiap kerja aku lakukan
aku mahu merawatnya sebaik mungkin
biar sembuh
biar selepas ini aku bangun kembali
jadi lebih gagah!!


kalau2 lupa..

ps; salam ramadhan buat semua...moga kita beroleh berakah darinya, insyaAllah...

No comments:

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails