supporters

Saturday, August 14, 2010

ramadhan datang lagi


bulan ramdhan hadir cuma sekali setahun
dan kedatangan telah dijanjikan dengan 1001 rahmat dan keberkatan
setan2 dipasung sehinggalah tibanya syawal
dan sepanjang lebih kurang 30 hari yg ada itu
peluang besar yang sangat2 perlu direbut dan ditangguk isi pahala berlipat ganda

tapi semalam
memang aku sentap
sangat sentap
dan aku tidak pernah salahkan teknologi yang semakin memaju
walaupun menunggu tibanya pengumuman ramadhan sudah tidak sesuspen dulu
kerana memang sudah sedia diketahui bermulanya bila
hilang trill
anti klimaks

dan bukan itu aku mahu fokuskan
cuma bila ramadhan baru menjengah hari ke 3
sudah gila peniaga melagukan dicorong speaker besar kedabaknya
lagu raya!
ye aku tahu mahu untung
mahu ramai pelanggan
tapi rasional kau kena ada
apa bodohnya kau tidak guna akal fikiran
sedar dan hormat ramadhan
sedang kala ini warga muslim kita tidak lagi rasa ramadhan itu ada apa2
cuma sekadar bulan wajib puasa
tanpa sedar pahala dan ganjaran dariNya
lagi mahu kau tambah kejahilan
membiar manusia lain terikat jahil
sedarlah
rezeki dariNya
kalau ditarik, bagaimana??
kredit buat iluvislam.com

aku bukan anti teknologi
kerana aku juga antara manusia yang kagum dengan kemajuannya
cuma gunakanlah ia dengan paling berhemah
dan letakkan ia di tempat yang salah
supaya kau nanti akhirnya
tidak dipanggil BODOH!

p.s; bulan puasa kena sabar!

No comments:

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails