supporters

Thursday, August 19, 2010

pemilik hati

kita pasti penat jika bertembung terlalu banyak soalan
masing2 cuba bertanya untuk melicinkan kekeliruan
dan kau terpaksa menjawab semuanya
walaupun soalan ulang tayang
sama
ya..sama

sedangkan itu bukan salah mereka
dan pada mereka cuma mahukan kepastian
penjelasan dan kadang2 kau akan terjerat
bagi mereka tiada istilah no komen!

aku berada dititik tengah pertemuan maya dan realiti
insan2 darinya menanyakan hal dan isu sama
cuma bentuk dan jenis diolah2
tapi permualaannya sama
"zul...kau ok??"

kalau aku pun
sudah terbiasa terbentang depan mata membulat
melihat hasnah keluar bersama razak
sentiasa ada untuk hasnah
dari sekuman2 pertolongan hingga angkatan berat dari bangunan tingkat 7
diminda hanya terfikir razak bila terfikirkan hasnah
dah jadi pemikiran tepu begitu
dan tiba2 dikaca monitor
kejutan alam maya berlaku
hasnah berkapel dengan husin
kan gempar jadinya
pasti ada yang tersembul dari mulutnya
"eh, bukan ke...??"

ketentuanNya itu misteri
pada saat kita rasa itu menyakitkan
Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita
mungkin selama ini alpa
hingga kita meletakkan segalanya didalam ruangan hati
keluarga,dunia,harta,cinta
sedang ia semua sekadar pinjaman
dan jika mahu diambil kembali
adalah pasti itu hakNya

hati itu ruangan milik Allah
tiada apa selayaknya dari Dia
sekali kita tersilap meletakkan selainNya
bila kehilangan sesuatu
kita berasa amat pedih
mungkin hilang kawalan diri
padahal hati milik Allah!

aku berlajar sesuatu dari keadaan menimpa
hanya Allah dihati
selainnya ditangan
jika Allah sudah pinjamkan sesuatu perkara
harta,cinta,keluarga
Dia punya kuasa mengambil semuanya
dan jika diletakkan ditangan dan bukan hati
InsyaAllah kita akan rasional untuk menilai tiap kejadian berlaku
kerana ketentuan adalah ujian dan dugaan
dan Dia MAHA PENGASIH
dan MAHA PENCINTA..

p.s; bila hanya ada Dia, insyaAllah hati akan tenang...


No comments:

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails