supporters

Monday, September 20, 2010

beb..belum masa lagi


eid fitri kali ni bagi aku sebenarnya agak hambar. mungkin kerana ramadhan kali ini aku kurang hayati tidak seperti tahun2 sebelum. rasa seperti kosong ramadhan itu, sehingga tidak terasa kemenangan yang sepatutnya dirai tatkala syawal menjelma..lagi kurang syok, secara rasminya ai beraya sebagai penganggur tau u ols!..pastu memang confirm duit raye tinggal khayalan..jumlah terkumpul=RM 6..tu pun terpaksa diserah paksa pada gadis genit berumah kecil ditengah2 highway!

ditambah dengan kesan khas pada saat umur yang semakin up dan bak kate orang tua2.."pakcik kalu baya ang ni, da beranak 5..isteri mungkin da stanby tambah 1 lagi"..sinis dan pedas lebih2 lagi pada saat ketika keadaan hati aku yang macam agar2 skang ni..letak nata dicoco mesti sedap..

ikut aku mau je balas "pakcik hensem..lain..citer cinta saya ni kalau dibuat pilem, mau bungkus..panggung siap kena bakar!"..tapi akukan taff dan baik..yang tua disayangi..tapi, rata2 kenalan ayahanda bonda semua begitu skripnya..ade sape2 fotostat ke bg ramai2??
setelah dikaji, mungkin ini penyebab aku selalu berada dalam 'remove list'~sekadar andaian tau..

sebab 1 : jejaki suka jejaka pandai men gitar, gentleman
hujah aku: sejak sekolah, ustaz aku tonyoh sental mendoktrinkan pemikiran aku bahawa setiap alat muzik bertali adalah HARAM..jadi secara otomatiknya..memang aku xreti men gitar..tadaaa, point 1 untuk aku kena rejek

sebab 2: jejaki suka jejaka yang berseni
hujah aku: sy budak sains yg kaku tangan otak keras..lagi2 nk hasilkan karya agung y disanjung..tak kira secara manual atau bantuan software2 maju lagi memajukan..

sebab 3: jejaki suka yang hensem
hujah aku: ai ni kalau dok sebelah tembok, confrem tembok jadi pilihan

sebab 4: jejaki suka yang sempurna dan menyempurnakan
hujah aku: aku rasa aku mmg jahat..kotor..dan bila aku dinilai, mmg aku selalu bukan pilihan..jadi aku rasa aku perlu kembali flashback sapa aku dulu2..~rujuk sejarah mudi2

sebab 5: jejaki suka yang up 2 date
hujah aku: aku dari kampung..hanya tahu mandi sungai, berkubang kerbau, melastik burung, berbasikal tua dengan brek rosak turun bukit, berkaki ayam main bola atas tar, kadang dipadang ragut lembu..dapat free alas kaki tahi lembu..bila dihadapan kaunter fast food, aku gigil..bila menjengah secret recipe, aku kaku, bila dibandar..aku jd kekampungan..jd hijau tak tahu apa2..
sebab 6: jejaki mahu yang menghargai dan tahu respect
hujah aku: hurm..maafkan aku sangat2 pada dia2..pada kamu2..

beginilah..bukan serik mencari tapi aku rasa setiap kejadian hikmah..mungkin belum masa untuk aku kejar hal2 begitu..bercintan cintun sedangkan aku anak bongsu yang paling sulong, semestinya aku harus beri kebahagian pada bonda ayahanda dahulu.biar adik2 aku dulu yang berkeluarga..barangkali bila sudah sempurna dan cukup timbangan jasa..maka naturalnya bidadari itu akan hadir tanpa aku perlu mintak2..takpun kalau sapa2 berkenan, datang je pinang aku..setel!

p/s; masa untuk berkerjaya!!(^^)v

No comments:

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails