supporters

Saturday, October 9, 2010

manusia radikal bebas

"radikal bebas wujud apabila berlaku ketidakstabilan atom jika terbentuk diantara sel, cenderung menghasilkan pelbagai bentuk kegagalan sistem badan seperti kanser, arthritis, penyakit Alzheimer dan juga diabetes dan sering membawa kepada kesan yang dasyat"


tanpa kita sedar disekeliling kita sebenarnya wujud manusia seperti radikal bebas yang menghurung membawa kita melencong dari matlamat diri kita. tapi tanpa kita sedar juga, terkadang kala, kita juga pasti tergolong dalam golongan ini dan membawa pengaruh ke dalam kehidupan lain.

sifat ini sering memberi kerosakkan dan membunuh secara senyap lalu hanya disedari pabila sudah lewat dan semakin membarah. kesannya membawa manusia itu tidak stabil dan tiada penyatuan antara emosi, kecedasan iq dan fizikalnya..lantas cenderung merosak diri dan orang lain..

contoh 1.

bahri tokei balak terbesar di afrika..melihat potensi hutan hujan yang bakal melahirkan batang balak yang meleleh banyakknya digurun sahara membuat bahri gelap mata walau telah termaktub akta, hutan digurun sahara tiada boleh diterokai..akhirnya, pegawai Perhutanan Gurun Sahara (PGS) terima sampul surat berisi not2 RM atas kelulusan untuk teroka..

contoh 2.

peah cinta sejati budin..namun bagi peah sebaliknya..hanya kamsan pemuda jawa itu pemilik hatinya..demi cinta dihati yang membara, budin melaksana kerja yang bukan tugasnya..memberi penamat pada riwayat kisah hidup peah dan kamsan sebelum menutup matanya secara paksa untuk selamanya..

contoh 3.

orang kaya siah paling terkenal dikampungnya..kiah ronggeng pula sekutu utama dalam menjalankan gerak kerja sehariannya..demi memiliki rupa cantik tanpa sedar kuasa mencipta milik MUTLAK Allah, si orang kaya siah mencari bomoh menanam susuk demi kekal sempuna luarnya..kiah ronggeng sebagai alat pandu mengenalpasti bomoh2 agong serata jagat raya demi kepuasan si siah orang kaya..
nah!

mari kita lihat bagaimana tumbuhan merawati diri dari diserang sifat radikal bebas ini melalui penghasilan antioksidanya tatkala merasa kadar radikal bebas didalam salur sel tubuhnya semakin membukit..dan hasilnya proses ini berterusan sehingga radikal bebas itu terkawal penghasilannya..

bagi kau..apa kau rasa pabila tumbuhan itu tetap kekal menghasil antioksida tersendiri bagai tasbih berterusan memuji Dia tatkala berdepan hal buruk membiak didalam dirinya??..sedang ia tidak beraqal..tidakkah kita mahu menilai dan mengambil iktibar darinya??

dan bagaimana pula kita sering tewas dengan ujian dan akhirnya sering membikin jalan mudah untuk di ambil hingga lupa kepada 'antioksida' yang sering dilupai..pada zikir, pada kitab, pada pentingnya syukur dan seikhlas penerimaan qada dan qadar??sedang aqal yang telah dianugerahkan tidak diguna secara total..dan apa kau rasa??

ps; malu pada tumbuhan!!


No comments:

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails