supporters

Wednesday, October 27, 2010

rileks ler der!

kemajuan bole timbulkan dan pelbagai keselesaan dan kemudahan. tapi kadang2 sering juga datang bersamanya kemusnahan dan bencana..dikawasan aku, baru saja siap sebuah jambatan yang nilainya aku rasa jutaan RM..alhamdullilah menyenangkan perhubungan ke bandar terhampir..cuma kurang enaknya bila kesenangan itu dicabuli dengan ke-bodoh-tuli-an manusia berakal singkat serta cetek menilai erti sebuah kehidupan..ceritanya begini..si teruna menaruh cinta pada si gadis dan layanan si gadis buat si teruna jadi teruja lantas berharap cinta dari si gadis..namun, akhirnya, segala cuma drama dari gadis..si teruna mangkuk hayun tadi amik keputusan dek tak mampu terima hakikat, panjat tembok jambatan dan cuba mengambil alih tugas sang malaikat maut mencabut nyawanya sendiri..takdir Allah, kebetulan member aku ade, terjun ke sungai selamatkan..dan termaktub dalam statistik cubaan bunuh diri pertama dalam jambatan yang baru itu belum mencapai usia setahun..dan terbaru, khabarnya si teruna masih koma dek kecederaan organ dalaman!

hurm..

Allah itu tak pernah zalim..aku bersyukur, tatkala aku ditimpa masalah yang aku kira tiada beza dengan apa yang barusan aku tempuhi, Allah masih sayangkan aku..nilai semula diri..setiap terjadi ada hikmahnya..aku petik kata2 nasihat-pedoman-ingatan Mr V pada aku yang bunyi lebih kurang begini..'orang kuat agama, patutnya terima dengan redha segala apa yang terjadi'..(mari pakat tadah tangan doa, moga beliau tak-rasa-apa-aku-rasa)..dan aku ambil itu sebagai nasihat paling berguna..

sejujurnya, tidak mudah untuk mengatasi jiwa kau dah remuk, tapi dunia bukan berhenti di situ. kau perlu bertenang dan tetap rasional..dan paling penting, jangan bersendirian kerana saat ini, kau akan lebih rapuh untuk dikuasai setan..banyakkan doa moga hati tenang dan tabah..lebihkan senyum..sibukkan diri..lepak dengan member..dan biar Tuhan tentukan sapa jodoh kau..tenang2 sudah..dan tetap terus menerus doakan kebahagian beliau yang mungkin sudah mengguris hati kau dengan seikhlas hati..janji Dia pasti..lebih kau memberi bahagia, lebih juga kau akan dapat, insyaAllah..

pada aku, aku melihat dan meletakkan begini..setiap wanita yang aku jumpa adalah jodoh..cuma samada jodoh itu adalah pemilik tulang rusuk kiri sebenar aku atau sekadar jodoh sementara sekadar dilihat mata..paling penting...rileks ler der!..hehe

p/s; doakan aku utk interview dgn SYABAS sok..

No comments:

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails