supporters

Thursday, September 4, 2008

dr. jiwa kacau?

ermm...time merdeka ri tu aku lepak je kat umh..pastu p tlg mama kat kedai..tgh syiok bancuh teh tetiba ilham dtg. tue pun hasil kisah seorang teman. so aku segera coretkan. idea seni dtg ibarat rempuhan lembu gila. andai tak dikawal maka ia bebas tak terhalang..buat teman..sabar itu pahit, tetapi kesannyer manis bak buah tembikai..(sedapnyerla klu dpt makan bauh tembikai time bebuke)

Pudar sudah cintaku padamu

Hapus sudah rasa kasihku

Kering sudah air mata

Pupus sudah rindu dikalbu


Pergilah kau jauh dari hatiku

Hilanglah kau dari ingatanku

Biar aku lena tanpa mimpimu

Biar aku bernafas tanpa menyebut namamu


Duhai kekasih yang pernah menjadi matahari dimalamku

Duhai kekasih yang pernah bertahta dihati

Duhai kekasih yang pernah menghadirkan titisan rindu


Bebaskanlah aku

Aku ingin bebas

Bebaskanlah aku

Aku ingin pergi

Lepaskanlah aku

Aku ingin terbang

Kembalikan sayapku


Bukan aku membencimu

Bukan aku ingkar pada janji

Bukan aku cinta kerana simpati

Bukan kasihku hilang seri


Tetapi dirimu tidak pernah mengerti sengsara dijiwa

Tidak faham luka yang semakin mendalam

Lalai menghargai suci cintaku

Memaksaku menutup pintu hatiku untuk dirimu

Mengosongkan ruang untukmu dijiwaku


Hanya satu impianku

Perkenankan permintaan terakhir ini…..

Bebaskanlah aku


Dr. JiwaKacau

Umah kt Pahang

31 Ogos 2008

9.55 a.m


1 comment:

Unknown said...

hurm...
dasat gak idea ko dtg cm lembu gler kn..
hehhe, but, nice poet..direct understanding..kalo bce skli pn dh pham mksudnyer..
truskn bkarya dr. jiwa kacau

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails