kalau kamu itu sudah terluka kerana cinta
jangan diratapi arwah itu terlalu lama
bimbang jasadnya terseksa
orang bilang
dalam hidup kita banyak pintunya
mengapa terpaku dipintu sama
sedang pintu lain menanti saat untuk dibuka
orang bilang
kamu harus beranjak untuk terus maju
yang lalu adalah pengalaman
yang kamu harus bina iktibar darinya
begitu juga aku
sudah kembali memburu ia
berbekal pengalaman lalu
dengan hasrat mahu menjadi lebih bagus
serba elok..harapnya, insyaAllah
p/s; jatuh cinta lagi pada kamu..moga ulang tahun ayah yang kamu sambut hari ini, lebih meggembirakan kamu..kerana gembira kamu melahirkan rasa cinta ini..walaupun kamu seperti bayang untuk dimiliki (^^)...aku tetap seperti dulu..sama..menunggu sehingga tiba masanya..insyaAllah..
2 comments:
Post a Comment