supporters

Tuesday, July 27, 2010

rasa ini

pernah tidak dalam satu ketika
kau rasa mahu marah
tapi tidak tahu puncanya??

pernah tidak dalam satu ketika
kau rasa rindu
tetapi tidak tahu kepada siapa??

pernah tidak dalam satu ketika
kau rasa mahu membenci
tetapi kudrat itu tiada kerana masih rasa sayang itu ada??

pernah tidak dalam satu ketika
kau rasa kecewa
tetapi kesal itu tidak ada makna??

pada aku
sekitar akhir ini
hal begini hadir menghunus cabaran
menguji rentak sabar aku
yang akhirnya aku rasa lemah
serius...aku benci nak mampos rasa ini!!
hidup dalam bayangan
hidup dengan ingatan
tentang dia..

kalau mahu uji kental iman kau
saat ini paling terbaik
kerana hal ini benar2 menggoyah iman
menguji rasional kau untuk kekal rasional
dari lakukan hal2 bangang

banyak usaha aku da usahakan
semata buang semua itu
makin aku kuat
lebih kuat ia datang
mengganggu menjijit sebagasi kenangan tentang dia
arghhhhhh...

aku was2 apa perlu aku lakukan saat ini
sedang aku masih ada rasa risaukan dia
sayang pada dia yang memberi rasa kecewa maha hebat
rasa seperti mahu merasa apa rasa dia tika ini
supaya aku dapat laraskan rasa kita
kalau kamu bahagia aku perlu bahagia
dan harus pergi
dan jika kamu dalam hiba
biar aku sedaya hilangkan
dan kemudian
aku akan pergi
ya..akan pergi!!

p/s; nasihat aku...klu mahu mencinta pastikan insan kau sasarkan itu bebas segalanya..bermutu dlm erti kata dia mmg solo sebenarnya..klu mahu hadir saat dia sdg terluka putus cinta, tggl jauh jiwa cinta kau..sebb kau takkan tahu seksanya diperlukan saat dia masih terkeliru!..dan andai ia terjadi..jangan benci..Tuhan lebih tahu apa terbaik buat kau

No comments:

Disqus for tudungsajibiru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails